3 kesilapan yang perlu anda elak semasa membersih kediaman

3 kesilapan yang perlu anda elak semasa membersih kediaman

Membersihkan barangan di rumah perlukan cara yang betul untuk menjimatkan masa, kebersihan dan untuk kesihatan diri.

Guna span yang betul

1. Jangan guna span yang sama

Di rumah, span adalah barangan keperluan yang perlu ada. Tetapi menggunakan span yang sama untuk membersih barangan di rumah anda adalah satu kesilapan.

Contoh: Jangan guna span pembersih sudu gafru anda dengan jubin dapur.

Jangan undang bakteria!

Tunggu beberapa minit sebelum produk bertindak.

2. Biarkan produk pembersih anda bekerja sendiri

Sabar adalah satu perkataan yang perlu ada pada anda apabila membeli apa-apa produk pembersih.

Contoh: Jika anda menggunakan produk pencuci bilik air, tunggu beberapa minit untuk membiarkan ia bertindak.

Jangan tergesa-gesa mencuci atau memberus kerana anda rasakan produk tersebut tidak berfungsi dengan baik.

Setiap produk perlukan masa untuk ‘bekerja’. Tunggu dan sabar!

Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit anda daripada bahan kimia.

3. Pakai alat perlindungan

Sekarang ini, kebanyakan produk pembersih menggunakan pelbagai bahan kimia untuk memberi keberkesanan yang lebih tinggi. Kadang-kala, kita tidak sesuai dengan produk tersebut, akibatnya kulit menjadi gatal atau mengelupas.

Gunakan sarung tangan, mask dan goggle untuk melindungi kulit dan mata daripada bahan-bahan kimikal yang merbahaya ini.

Anda juga boleh cuba untuk elakkan membeli produk yang mengandungi bahan kimia.

Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com

Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.