
“Kami akan mulakan kuarantin dan proses pemulihan dengan segera. Bersama kita boleh harunginya,” katanya di Twitter.
Terdahulu, seorang pembantu terdekat Trump, Hope Hicks turut disahkan positif Covid-19.
Hicks dilaporkan kerap melakukan perjalanan dengan presiden dengan pesawat Air Force One bersama pembantu kanan lain bagi menghadiri debat presiden di Ohio dan acara kempen di Minnesota pada Rabu.
Trump sebelum ini beberapa kali menjalani ujian saringan Covid-19. Beliau juga dilaporkan kerap membuat perjalanan ke ke serata negara menjelang pilihan raya 3 November ini.
Profesional kesihatan awam negara itu menentang acara keramaian kerana kebolehjangkitan Covid-19.
Trump mendapat kritikan tajam berhubung cara beliau mengendalikan pandemik yang kini telah meragut nyawa lebih 200,000 orang di AS.
Presiden itu bagaimanapun kerap menghebahkan tentang cara pentadbirannya mengurus krisis itu.