
Katanya, bertindak atas permintaan kementeriannya, kerajaan sudah menyalurkan RM2.4 bilion untuk PSU.
“Ini akan membantu (majikan dan pekerja) selama 3 bulan dari segi bantuan upah,” katanya selepas suatu majlis perasmian kursus pembangunan B40 di Dewan Merdeka hari ini.
Saravanan beri jaminan sumber kewangan kerajaan masih kukuh untuk menghadapi kemungkinan PKP, dan meminta orang ramai bersama membantu usaha pihak berkuasa.
“Saya percaya kalau rakyat boleh mendisiplinkan diri, ikut arahan kerajaan, kita tidak sampai ke tahap itu (melaksanakan PKP) walaupun keadaan ketika ini cukup merisaukan,” katanya.
Perdana menteri ketika mengumumkan PSU 2.0 dalam perutusan Kita Prihatin pada 23 Sept berkata program itu dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja.
Saravanan berkata kepentingan bagi kementerian ketika ini adalah mengawal pengangguran dan memastikan syarikat dapat terus beroperasi dan mengekalkan tenaga kerja.