287 kes baru Covid-19 hari ini paling tinggi

287 kes baru Covid-19 hari ini paling tinggi

Daripada 287 kes yang dicatatkan hari ini kesemuanya melibatkan penularan dalam negara.

PUTRAJAYA:
Sebanyak 287 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, yang merupakan angka jangkitan harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara awal tahun ini.

Manakala itu 81 pesakit disahkan pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 287 kes yang dicatatkan hari ini semuanya melibatkan penularan dalam negara.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 11,771 kes Covid-19 dengan 10,095 daripadanya sembuh.

Seramai 1540 pesakit kini dirawat di hospital di seluruh negara.

Tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal 136 orang.

Sementara itu, 22 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 4 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Noor Hisham berkata, negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi kes baru ialah Kedah membabitkan 129 jangkitan, diikuti Sabah (113) dan Kuala Lumpur (31).

“Di Sabah 113 kes dilaporkan hari ini, dengan 52 kes saringan bergejala, 35 kes daripada kluster Benteng LD, 15 kes daripada kluster Bangau-Bangau, 2 kes saringan rujukan ke hospital, 2 kes saringan kemasukan ke hospital, 1 kes daripada kluster Laut, 1 kes daripada kluster Pulau, 1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI), 1 kes saringan petugas kesihatan, 1 kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Tuaran, 1 kes saringan sebelum pulang ke Semenanjung dan 1 kes saringan komuniti di Lahad Datu.

“Di Kedah 129 kes dengan 128 kes daripada kluster Tembok dan 1 kes saringan kontak rapat kes positif,” katanya.

Di Selangor 31 kes dilaporkan, dengan 13 kes merupakan saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di di Sabah, 8 kes daripada kluster baru iaitu kluster Seri Anggerik.

“Tiga kes daripada kluster Jalan Meru, 2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif, iaitu kes ke-11,143 dan kes ke-10,695.

“Satu kes daripada kluster baru, iaitu kluster Seri Setia, 1 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI), 1 kes saringan tahanan, 1 kes saringan sebelum ke luar negara dan 1 kes saringan sebelum pulang ke negara asal.

“Di Perak 3 kes dilaporkan hari ini, iaitu 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah dan 1 kes daripada kluster Tembok.

“Di Terengganu 3 kes dilaporkan, melibatkan 2 saringan kontak rapat kepada kes positif, iaitu kes ke-11,477 dan 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi Sabah,” katanya.

Sementera itu, Negeri Sembilan mencatatkan 2 kes baru membabitkan saringan pulang dari Sabah.

“Di Kelantan 2 kes positif dilaporkan hari ini, iaitu 1 kes saringan pulang dari Sabah dan 1 kes dari kluster Jalan Meru,” katanya.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Johor dan Pahang masing-masing mencatatkan satu kes baru Covid-19 hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.