Zuraida negatif Covid-19, kini jalani kuarantin kendiri 14 hari

Zuraida negatif Covid-19, kini jalani kuarantin kendiri 14 hari

Zuraida menjalani ujian swab di klia2 sekembalinya dari Sabah pada 26 Sept dan didapati negatif Covid-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin kini menjalani kuarantin Kediri 14 hari di rumah.
PUTRAJAYA:
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediamannya meskipun 2 ujian saringan Covid-19 dilakukannya adalah negatif.

Setiausaha politiknya Nor Hizwan Ahmad berkata, Zuraida menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) usai berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 26 September dan keputusannya negatif.

Keesokannya (27 Sept), Zuraida menghadiri program di Langkawi pada sebelah pagi dan pulang petang, dan kemudian menghadiri program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur pada 28 Sept.

“Setelah dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes positif COVID-19 dalam program di Langkawi, beliau (Zuraida) sekali lagi menjalani ujian swab pada 29 Sept dan keputusannya juga negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Hizwan berkata, Zuraida kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti saranan Kementerian Kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.