Joson, menjual khazanah lama bagi penggemar barangan antik

Joson, menjual khazanah lama bagi penggemar barangan antik

Joson Numismatic Collections di Jalan Tun Tan Cheng Lock di Melaka ini sememangnya dipenuhi dengan khazanah koleksi barangan lama.

Joson Numismatic Collections di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka. (Gambar Malaysia Traveller)

Bagi penggemar barangan antik, di sinilah tempatnya untuk anda mendapatkan wang kertas lama, syiling, stem serta pelbagai lagi barangan antik lain.

Joson Numismatic Collections di Jalan Tun Tan Cheng Lock di Melaka ini sememangnya dipenuhi dengan khazanah koleksi barangan lama.

Jika dahulu, ‘Jonker Street’, terkenal dengan pelbagai kedai-kedai menarik seperti kedai antik, kedai barangan lama, kedai kraf tradisional, kedai lukisan dan kedai kasut.

Namun setelah bertahun-tahun, kebanyakan dari kedai-kedai ini sama ada telah ditutup atau berpindah ekoran dari kenaikan harga sewa.

Di Joson Numismatic terdapat pelbagai wang kertas, syiling dan stem lama dari Malaysia. (Gambar Malaysia Traveller)

Mujur, kedai-kedai seperti Joson dan Wah Aik, sebuah kedai kasut masih lagi bertahan dan ditempatkan ke Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) yang berdekatan.

Joson Numismatic menjual (dan membeli) koleksi wang kertas, syiling dan stem dari Malaysia (termasuk Malaya, Negeri-negeri selat, British North Borneo) Asia dan lain-lain.

Kotak rokok lama antara yang popular kepada pengumpul barangan antik. (Gambar Malaysia Traveller)

Barangan antik lain juga turut dipamerkan seperti barangan porselin, gambar-gambar lama, barangan permainan, bahan periklanan, poster dan banyak lagi.

Warna kedai bercat biru cerah memudahkan ia dikenali. (Gambar Malaysia Traveller)
Papan tanda di luar menjelaskan apa yang ada di dalam Joson. (Gambar Malaysia Traveller)

 

Joson Numismatic Collections
64 Jalan Tun Tan Cheng Lock
75200 Melaka
Tel: (016) 669 1811

Artikel ini telah diterbitkan di Malaysia Traveller

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.