ISIS Malaysia umum Herizal Hazri sebagai ketua eksekutif

ISIS Malaysia umum Herizal Hazri sebagai ketua eksekutif

Herizal dikenali kerana hubungan baiknya dengan kumpulan pemikir, masyarakat civil dan kerajaan terutamanya dalam bidang pembangunan dan demokrasi.

Herizal Hazri diumumkan sebagai ketua eksekutif baharu Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA:
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Herizal Hazri sebagai ketua eksekutif institut berkenaan.

Dalam kenyataan, ISIS berkata Herizal dikenali kerana hubungan baiknya dengan kumpulan pemikir, masyarakat sivil dan kerajaan terutamanya dalam bidang pembangunan dan demokrasi.

Kenyataan tersebut turut mengatakan Herizal pernah bekerja di 11 negara Asia, termasuk Indonesia, Timor Leste, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Taiwan.

“Pada 2004, Herizal terlibat dalam misi pemerhati antarabangsa untuk pemilihan presiden Afghanistan dan turut bertindak sebagai pemerhati di Pakistan, Afghanistan dan Iran.

“Herizal juga juga pernah berkhidmat sebagai ahli “International Contact Group” untuk proses perdamaian di Mindanao, di mana beliau membantu Putrajaya untuk memudahcara bagi misi keamanan berkenaan,” kata kenyataan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.