
Menanam pokok atau tumbuh-tumbuhan kini sudah dikira sebagai hobi yang menarik. Ia bukan hanya boleh mencantikkan kediaman tetapi juga dapat memberi ketenangan kepada minda dan menyamankan persekitaran.
Hobi ini juga dapat menyerlahkan kreativiti dan memberi ruang kepada anda dan keluarga untuk meluangkan masa bersama.
Menanam pokok turut memupuk sifat tanggungjawab dan komitmen yang tinggi kerana selepas ditanam, pokok perlukan penjagaan rapi seperti jadual penyiraman, membubuh baja dan memastikan pokok mendapat cahaya matahari yang secukupnya.
Kenali karakter pokok
Mengenali karakter setiap pokok juga penting dan ia merupakan sebahagian daripada penjagaan. Sama seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan juga perlukan penjagaan rapi untuk memastikan ia kekal subur dan sihat.
Sebelum menanam pokok, anda perlu mengenal pasti spesisnya terlebih dahulu. Pokok hiasan umpamanya ada yang beracun, mengeluarkan getah atau mempunyai duri yang tajam.
Pokok adalah sumber pembersih udara
Tumbuhan segar juga dikatakan sebagai pilihan paling efektif untuk membersihkan udara dan memberikan sistem pengudaraan yang baik kepada persekitara selain membantu menyingkirkan pencemaran udara.
Tumbuhan-tumbuhan ini juga dapat menghasilkan oksigen pada sebelah malam.
Pokok perlukan penjagaan yang rapi
Iklim adalah elemen paling penting dalam penjagaan pokok. Pokok juga perlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup dengan sihat
Sekiranya terpaksa meninggalkan kediaman untuk suatu tempoh yang lama, pastikan anda menyiram tanaman ini terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah.
Bagi pokok hiasan yang diletakkan di dalam rumah, tempoh empat atau lima hari tanpa air tidak akan memudaratkannya kerana tanah di dalam rumah akan lambat kering berbanding dengan di luar rumah yang perlu disiram setiap hari.
Anda juga boleh meletakkan bekas air berhampiran kawasan pokok agar ia mendapat kelembapan melalui sejatan dari bekas air tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]