Gilap perhiasan perak kamu dengan 3 bahan ini

Gilap perhiasan perak kamu dengan 3 bahan ini

Perhiasan perak memang nampak cantik tetapi akan cepat pudar apabila sering dipakai.

Perhiasan perak boleh digilap dengan bahan yang ada di dapur sahaja. (Gambar Rawpixel)

Bagi peminat barangan perak, jangan risau jika perhiasan anda nampak pudar dan kusam. Tiga bahan di bawah mungkin dapat membantu mengembalikan keserian perhiasan anda.

Lemon dan garam

Perah sebiji lemon di dalam semangkuk air dan masukkan sesudu besar garam. Gaul rata. Rendamkan perhiasan perak ke dalam mangkuk air berisi lemon dan garam tadi. Biarkan selama 15 – 30 minit. Angkat, bilas dan keringkan.

Ubat gigi

Sapukan ubat gigi pada perhiasan perak dan gosok perlahan-lahan sehingga barangan tersebut kelihatan bersinar. Kemudian bilas dengan air dan keringkan.

Soda bikarbonat

Campurkan soda bikarbonat ke dalam piring kecil berisi sedikit air. Campurkan keduanya dan gosok pada perhiasan perak sehingga bersih. Bilas dan keringkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.