Sunway Nexis sahkan 1 kes positif Covid-19

Sunway Nexis sahkan 1 kes positif Covid-19

Individu berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Pengurusan Sunway Nexis mengambil semua tindakan yang diperlukan dan akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk mengkuarantin kawasan terlibat di samping mengutamakan keselamatan.
PETALING JAYA:
Pengurusan Sunway Nexis hari ini mengesahkan terdapat 1 kes positif Covid-19 membabitkan individu di Sunway Nexis Biz Suites.

Difahamkan, individu berkenaan didapati positif selepas pulang dari Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, Sunway Nexis yang terletak di Kota Damansara berkata, individu berkenaan sudah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Sehubungan itu, pengurusan Sunway Nexis akan mengambil semua tindakan yang diperlukan dan akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk mengkuarantin kawasan terlibat di samping mengutamakan keselamatan.

“Kami juga sudah melaporkan kepada Kementerian Kesihatan menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Petaling serta-merta dan sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Sunway Nexis kekal selamat kepada pengunjung dan terus mengamalkan SOP yang disaran,” katanya.

Sebelum ini, terdapat kes positif Covid-19 dilaporkan di beberapa pusat beli-belah sekitar Lembah Klang antaranya Nu Sentral, KL Gateway, Sunway Pyramid dan Suria KLCC.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.