Kerjasama serantau bantu pulih ekonomi

Kerjasama serantau bantu pulih ekonomi

Menteri kewangan Apec menegaskan keperluan kerjasama multilateral untuk membantu rantau itu bangkit daripada wabak Covid-19.

Menteri kewangan Apec menekankan perlunya kerjasama multilateral yang diselaraskan untuk membantu rantau itu bangkit daripada pandemik Covid-19.
PETALING JAYA:
Ahli ekonomi berkata mengukuhkan hubungan serantau seperti yang dipersetujui menteri kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) baru-baru ini, akan mewujudkan asas yang kukuh dan lestari pasca Covid-19.

Dalam kenyataan bersama awal minggu ini, menteri kewangan Apec menegaskan keperluan kerjasama multilateral untuk membantu rantau itu bangkit daripada wabak berkenaan, yang menyaksikan ekonomi beberapa negara dilanda kemerosotan 2 digit antara suku pertama dan kedua KDNK.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia Carmelo Ferlito menyifatkan saranan menteri itu sebagai “positif”, dengan menyatakan Covid-19 dan kesan daripada pelbagai kawalan pergerakan memerlukan strategi diselaraskan sebagai langkah pemulihan ekonomi, yang dijangka lebih lama dari jangkaan.

Profesor ekonomi dari Universiti Sunway, Yeah Kim Leng berkata oleh kerana kebanyakan negara Asia Pasifik adalah ekonomi terbuka dan bergantung kepada aktiviti perdagangan, pemulihan serantau yang diselaraskan akan membantu melonjakkan permintaan domestik dan luar negara yang akan memberi kesan kepada semua kitaran.

“Dalam ekonomi dunia yang semakin terintegrasi dan terhubung yang didorong oleh rantaian bekalan global, teknologi digital dan perdagangan antarabangsa, kewangan dan aliran modal, pendekatan multilateral yang digunakan dalam menangani masalah dan cabaran adalah kaedah berkesan bagi 1 negara atau ‘pendekatan sendirian’,” katanya.

“Begitu juga dalam menghadapi masalah umum bermula dari pandemik semasa hingga mengelak cukai, perubahan iklim hingga pembangunan lestari, perkongsian idea dan pengalaman serta koordinasi dasar seperti mengawal selia aliran produk rentas sempadan akan membantu mengekalkan pemulihan ekonomi.”

Dalam kenyataan Menteri-Menteri Kewangan Maya Apec mengenai pemulihan pandemik Covid-19 baru-baru ini, mereka berkata anggota ekonomi perlu saling bertukar pengalaman dan amalan baik.

Menteri juga menegaskan komitmen mereka untuk mempromosikan cukai dan menangani aktiviti mengelak cukai di rantau Apec berikutan kemerosotan ekonomi serantau dan cabaran yang timbul akibat Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.