Zahid jalani kuarantin di rumah, perbicaraan ditangguh lagi

Zahid jalani kuarantin di rumah, perbicaraan ditangguh lagi

Zahid mempunyai kontak dengan Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Ahmad Zahid Hamidi s berdepan 12 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), 8 rasuah dan 27 penggubahan wang haram berjumlah RM117 juta.
KUALA LUMPUR:
Perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sekali lagi kerana beliau sedang menjalani perintah kuarantin di rumah selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19.

“Lebih baik tersilap kerana bersikap berjaga-jaga kerana ia melibatkan isu kesihatan,” kata hakim Collin Lawrence Sequerah yang membenarkan permohonan penangguhan oleh peguam Hamidi Mohd Noh pagi ini.

Pembicaraan seterusnya ditetapkan pada 12 Okt.

Hamidi berkata, kliennya dikenakan perintah pengawasan di rumah selama 3 hari pada Sabtu oleh pegawai Kementerian Kesihatan.

“Ujian saringan dilakukan dan ia negatif,” kata beliau kepada mahkamah, dengan menambah bahawa ujian saringan ke-2 Reverse Transcriptase –Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 akan dilakukan hari ini.

Beliau berkata keputusannya dijangka dikeluarkan esok.

Peguam itu meminta pembicaraan yang dijadualkan darihari ini hingga Rabu ditangguhkan kerana tempoh inkubasi (tempoh antara pendedahan kepada virus itu dengan kemunculan simptom) Covid-19 adalah 14 hari.

Beliau berkata, lebih baik mengambil langkah tambahan kerana ada peguam pembela lain, timbalan pendakwa raya, kakitangan mahkamah dan orang awam di dalam mahkamah.

Timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran tidak membantah penangguhan itu.

Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan disahkan positif Covid-19 pada 23 Sept selepas pulang dari Sabah dan Zahid dikatakan mempunyai kontak dengan beliau.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan pada Isnin lepas kerana Zahid berkempen di Sabah bersama-sama dengan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Razlan Muhammad 2 minggu lepas.

Beliau menjalani ujian sama pada minggu lepas dan disahkan negatif Covid-19.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), 8 rasuah dan 27 penggubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM117 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.