
Jam yang dipasang di Menara Elizabeth itu menjalani proses baik pulih yang menelan kos jutaan dolar dan fasa kritikal untuk kerja pemuliharaan hampir selesai, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam tempoh 6 minggu akan datang, perancah akan diturunkan secara berperingkat.
Speaker Parlimen Lindsay Hoyle berkata “Seperti orang lain, saya juga tidak sabar untuk melihat menara jam itu dibuka semula.”
Kerja baik pulih membabitkan kawasan luar dan dalam menara dengan sekumpulan pakar menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memastikan perincian hiasan sesuai dengan reka bentuk asal yang dihasilkan pada 1859.
Menara Big Ben merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia Unesco.