
Bagaimanapun, pejabat menteri besar dalam kenyataan berkata, Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden PPBM memutuskan untuk menjalani kuarantin di rumahnya sebagai langkah proaktif, tanpa apa-apa arahan daripada mana-mana pihak.
“Beliau akan menjalani kuarantin di rumahnya di ibu negara.
“Ini adalah susulan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Plihan Raya Negeri Sabah,” kata kenyataan itu.
Justeru, kenyataan itu turut menyebut Ahmad Faizal tidak akan menghadiri mana-mana majlis rasmi sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya, semua mesyuarat penting juga akan berlangsung secara sidang video dari rumahnya bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.