Cari jalan lebih sesuai untuk dinamakan Jalan Palestin, menteri beritahu DBKL

Cari jalan lebih sesuai untuk dinamakan Jalan Palestin, menteri beritahu DBKL

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, Jalan Raja Laut 1 akan dikekalkan seperti asal.

Semalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata, ia akan menamakan semula Jalan Raja Laut 1 sebagai Jalan Palestin. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hari ini berkata Jalan Raja Laut 1 di Kuala Lumpur tidak akan dinamakan sebagai Jalan Palestin.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam berkata ia menamakan semula Jalan Raja Laut 1 sebagai Jalan Palestin dan ia adalah simbolik bagi sokongan Malaysia kepada Palestin.

“Datuk Bandar akan cari jalan lain yang lebih sesuai untuk dinamakan Jalan Palestin,” kata Annuar di Twitternya hari ini.

“Jalan Raja Laut 1 hendaklah dikekalkan seperti asal.”

DBKL berkata cadangan untuk menamakan satu jalan sebagai Jalan Palestin dibangkitkan semasa majlis tahunan al-Quds di Dataran DBKL tahun lepas, apabila Kementerian Wilayah Persekutuan memintanya menamakan semula satu jalan di Kuala Lumpur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.