2,000 pegawai perubatan, pergigian, farmasi dapat sambung kontrak 6 bulan

2,000 pegawai perubatan, pergigian, farmasi dapat sambung kontrak 6 bulan

Sambungan itu adalah tambahan kepada kontrak 6 bulan sedia ada yang diberikan sebelum ini.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata menteri kewangan telah meluluskan sambungan kontrak 6 bulan.
PETALING JAYA:
Kontrak 2,070 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi akan disambung untuk 6 bulan lagi secara sekali beri (one off), kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Adham berkata, kementerian itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menyambung kontrak penjawat berkenaan.

Katanya, sambungan itu adalah tambahan kepada kontrak 6 bulan sedia ada yang diberikan tahun lepas.

Kelulusan itu melibatkan 79 pegawai perubatan, 852 pegawai pergigian dan 1,139 pegawai farmasi yang juga telah menamatkan latihan atau khidmat wajib mereka.

“Jumlah peruntukan bagi sambungan kontrak ini adalah RM81 juta yang dibiayai menerusi peruntukan Kumpulan Wang Covid-19 (Tabung Covid-19),” kata Adham.

Terdahulu, Persatuan Farmasi Malaysia dan Persatuan Perubatan Malaysia menggesa kerajaan supaya memperbaharui kontrak doktor dan ahli farmasi yang tamat tempoh.

Mereka berkata pegawai terbabit sangat penting dalam perjuangan negara menentang pandemik Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.