PKPD Penjara Tawau, kuarters penjara lanjut hingga 9 Okt

PKPD Penjara Tawau, kuarters penjara lanjut hingga 9 Okt

Putrajaya sebelum ini mengumumkan PKPD di kawasan berkenaan bermula 11 hingga 25 September lalu, dalam tempoh itu kadar kes baharu berjumlah 2 angka sehari.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) pentadbiran di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau hingga 9 Oktober depan selepas mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak Covid-19.
PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) pentadbiran di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau dilanjut 14 hari lagi hingga 9 Oktober depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, Putrajaya sebelum ini mengumumkan PKPD di kawasan berkenaan bermula 11 hingga 25 September lalu, dalam tempoh itu kadar kes baharu berjumlah 2 angka sehari.

“Pada 23 September lalu, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan. Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan ini 14 hari lagi bermula 26 September hingga 9 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 82 kes baharu dilaporkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, sebanyak 64 kes dicatatkan di Sabah dengan 33 daripada kluster Benteng LD manakala 25 lagi daripada kluster Bangau-Bangau.

Pada masa sama, Ismail turut memaklumkan PKPD secara pentadbiran di Zon Melor, Amanjaya, Kedah, yang dilanjutkan bermula 14 September lalu akan ditamatkan hari ini sebagaimana yang dijadualkan.

“Penamatan ini dibuat selepas tiada penambahan kes baharu positif Covid-19 untuk tempoh 13 hari iaitu sejak 14 September. Sebanyak 4,931 sampel diambil di Zon Melor dan bilangan kes positif Covid-19 kekal 13 kes seperti direkodkan 13 September lalu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.