Kami akan jumpa Yang di-Pertua sekarang, kata Bung

Kami akan jumpa Yang di-Pertua sekarang, kata Bung

Bung Moktar Radin berkata beliau antara pemimpin parti yang akan bertemu Yang di-Pertua Sabah hari ini berhuhung pemilihan ketua menteri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata Yang di-Pertua Negeri akan memutuskan siapa ketua menteri.
KOTA KINABALU:
Pertemuan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengenai jawatan ketua menteri Sabah seolah-olah menemui jalan penyelesaian ketika pemimpin parti meninggalkan mesyuarat hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata, beliau antara pemimpin parti yang akan bertemu Yang di-Pertua Negeri hari ini.

Katanya, beliau “sangat gembira” dengan hasil pertemuan itu. Ketika ditanya apakah beliau akan bertemu Yang di-Pertua Negeri sekarang, Bung berkata: “Ya.”

Bagaimanapun, beliau mengelak apabila ditanya siapa yang diputuskan dalam pertemuan itu sebagai calon ketua menteri dengan berkata: “Kami akan biar Yang di-Pertua putuskan.”

Ketika didekati media, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata: “Semua orang gembira. Kami menang (pilihan raya). ”

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat sokongan 41 Adun, lebih 3 daripada yang dimenangi pakatan itu semalam.

Dipercayai, GRS mendapat sokongan 3 Adun bebas yang menang dalam pilihan raya semalam untuk membentuk kerajaan negeri.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.