Abang Johari harap keputusan PRN stabilkan politik Sabah

Abang Johari harap keputusan PRN stabilkan politik Sabah

GRS menang 38 daripada 73 kerusi DUN Sabah yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri semalam.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berharap Sabah akan terus maju di bawah pentadbiran baru berikutan keputusan PRN negeri itu semalam yang menyaksikan GRS berjaya menubuhkan kerajaan.
KUCHING:
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berharap keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam akan menyumbang kepada kestabilan politik negeri utara Borneo itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada orang Sabah,” katanya hari ini.

Abang Johari yang ditemui selepas menghadiri dialog bersama usahawan muda anjuran portal berita Sarawak, Dayak Daily di sini, juga berharap negeri tetangga itu akan terus maju di bawah pentadbiran baru.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak Dr James Jemut Masing dalam kenyataannya berkata, keputusan PRN Sabah memberi petunjuk kepada rakyat Sarawak untuk bersama-sama mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah negara.

Beliau juga berharap wakil rakyat di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menunaikan tanggungjawab seperti yang dijanjikan.

Pada pilihan raya itu, GRS menang 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dipertandingkan, sementara Warisan Plus meraih 32 kerusi dan baki 3 lagi dimenangi oleh calon Bebas.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.