Tumit pecah; usaha atau biarkan?

Tumit pecah; usaha atau biarkan?

Elakkan memakai kasut bertumit tinggi terlalu kerap dan selalulah minum air yang secukupnya untuk mendapatkan kulit yang lebih lembap dan tidak kering.

Kulit kaki kering antara sebab mengapa tumit menjadi pecah dan mengelupas.

Tumit kaki pecah dan kering adalah masalah yang sering dialami terutamanya golongan wanita. Bila ianya terjadi, selain rasa tidak selesa, pastinya anda malu untuk memakai kasut yang tidak menutup tumit apatah lagi selipar.

Ada beberapa cara rawatan tradisional yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.

Mengamalkan rawatan betik muda selama dua minggu dapat menyembuhkan tumit pecah.

1. Getah betik muda

Ambil sebiji betik muda, hiris dan ambil getahnya. Sapukan pada tumit yang pecah. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Untuk hasil yang cepat, lakukan rawatan ini seminggu dua kali sehingga sembuh.

2. Asam keping dan asam jawa

Isikan air suam ke dalam besen dan masukkan beberapa asam keping. Kemudian, rendamkan tumit kaki yang pecah tersebut selama beberapa minit.

Anda juga boleh menyapu asam jawa pada tumit dan rendamkan kaki ke dalam air suam untuk membilas.

Bawang merah dan putih mempunyai komponen anti bakteria yang boleh memperbaiki sel kulit.

3. Bawang merah dan bawang putih

Potong bawang merah atau bawang putih kepada dua bahagian. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

4. Belimbing buluh

Ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyekkan. Kemudian, gosok pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit. Amalkan setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.

Madu berfungsi menjadi pelembab kepada kulit. (Rawpixel pic)

5. Madu dan tepung beras

Gaulkan tepung beras dan madu bersama dan skrub pada tumit. Amalkan selalu untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Lemon mampu menyingkirkan sel kulit mati pada kulit

6. Lemon

Perah lemon ke dalam satu besen air. Masukkan garam. Kemudian rendam kaki selama beberapa minit dan bilas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.