
Dalam satu kenyataan hari ini, Sunway Pyramid berkata, individu berkenaan mempunyai sejarah perjalanan, namun tidak menyatakan dari negara atau negeri mana.
“Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan pengurusan bersama penyewa yang terbabit sudah ambil tindakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus kes itu dikenal pasti.
“KKM juga sudah menghubungi mereka yang melakukan kontak dengan individu berkenaan, dan sudah diarahkan menjalani ujian saringan serta kuarantin diri,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, pihak pengurusan juga giat menjalankan pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh setiap hari.
“Kami juga bekerjasama dengan premis yang terjejas untuk menyelaraskan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh serta mengemas kini isu ini dengan berkesan dan cekap,” katanya.