
Daripada jumlah itu, katanya, 111 orang dikompaun dan 4 lagi direman.
Antara kesalahan itu ialah penjarakan fizikal (35), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (31), dokumen perjalanan tamat tempoh (26), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (17), premis beroperasi tanpa kebenaran (5) dan tidak memakai pelitup muka (1).
Beliau berkata, 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi 98 sekatan jalan, manakala 2 bot dan 5 kenderaan dirampas dalam Operasi Benteng semalam.
Ismail berkata, seramai 35,116 individu yang pulang ke tanah air sejak 24 Julai lalu sehingga semalam ditempatkan di 66 hotel dan 9 premis lain, termasuk institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.
Daripada jumlah itu, katanya, seramai 7,903 orang masih menjalani kuarantin wajib, manakala 103 orang menerima rawatan di hospital.
Seramai 27,110 orang dibenarkan pulang ke rumah selepas selesai kuarantin wajib 14 hari.