
Dilahirkan cacat pendengaran dan tidak dapat meluahkan perasaannya, dia kemudian sedar kelainan dirinya dengan orang lain.
“Ibu bapa saya selalu berkata, masalah kurang pendengaran adalah suatu kecacatan. Mereka tidak pernah mengatakan ia adalah masalah bahasa. Tetapi secara realiti, cacat dan masalah bahasa adalah 2 perkara yang berbeza,” jelas Chong.
Chong merasakan kehidupan kanak-kanaknya sebagai budak pekak amat sukar dan kadangkala dia berasa sangat sunyi.
Mendapat pendidikan di SRK (2) Sultan Alam Shah, Chong merasakan agak sukar baginya untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain di sekolah. Kawan-kawannya agak terhad.
Apabila menginjak ke usia 18 tahun, Chong telah ke Amerika Syarikat bagi menghadiri ‘Deaf Way 2 Conference’. Di situlah titik awal yang merubah 180 darjah kehidupannya sekaligus memberi semangat dan inspirasi kepadanya.
“Saya hanya melihat orang pekak yang tidak berupaya di Malaysia. Tetapi persidangan ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk menerima pekak sebagai masalah bahasa bukannya cacat,” kata Chong.
Dia kemudiannya kembali ke Malaysia dengan semangat baru. Dia kemudian menjadi pelajar pekak pertama yang diterima belajar di Kolej Damansara Utama dalam Fakulti Teknologi Informasi dan Multimedia.
Setelah itu, Chong kembali ke Amerika dan menghabiskan 2 program master dan kini beliau sedang mengikuti ijazah penyelidikan dan antropologi di Universiti Malaya.
Kerjaya Chong terus menyerlah apabila beliau kini menyertai komuniti pekak tempatan dan telah menjadi penulis bersama buku rujukan bahasa isyarat untuk membantu orang ramai berkomunikasi dengan mereka yang cacat pendengaran.
Sebelum terjun ke dunia penulisan, Chong bekerja sebagai pengarang produksi untuk sebuah syarikat penerbitan dan katanya, dia tidak pernah terfikir untuk menulis buku teks sehinggalah YMCA Kuala Lumpur datang menemuinya.
Hari ini, Chong adalah sebahagian daripada kumpulan penulis buku rujukan bahasa isyarat untuk orang-orang pekak.
Menurut Chong, ‘Malaysian Sign Language’ (BIM) dan ‘American Sign Language’ (ASL) berkongsi kira-kira 500 ‘sord’ yang sama atau ‘perkataan bahasa isyarat’ yang sama.
Apa yang membezakan keduanya adalah budaya dan bagaimana pengguna merangkaikan perkataan mengunakan ‘perkataan bahasa isyarat’ tersebut.
Budaya yang berbeza dan diluar konteks berbilang bahasa di Malaysia memberi kesan bagaimana BIM dikembangkan, cara yang sama ASL dipengaruhi oleh budaya Amerika dan penggunaan bahasa Inggeris Amerika.
Bercakap mengenai perkataan baharu yang sering digunakan sekarang, Chong berkata, “Tiada terma dan syarat jika ia berkenaan dengan memberi bahasa isyarat baharu kepada perkataan baharu. Ia selalunya bermula dengan seorang individu dan kemudian yang lain akan mengikut dan kemudiannya digunakan oleh orang pekak yang lain.
“Bahasa adalah milik masyarakat, jadi saya tidak akan mencipta isyarat tangan sendiri dan mengatakan ini adalah isyarat untuk sesuatu perkataan. Dalam dunia orang-orang pekak, isyarat tangan muncul secara semulajadi.
“Jika manusia menggunakan isyarat tangan yang tertentu untuk menunjukkan perkataan ‘selfie’ atau swafoto dan jika yang lain faham isyarat tersebut dan menyukainya, mereka akan terus menggunakannya dalam komunikasi harian mereka. Isyarat ini akhirnya akan dimasukkan ke dalam senarai perkataan BIM,” akhirinya.
“BIM: Bahasa Isyarat Malaysia untuk Perbualan Harian” adalah untuk dijual. Mereka yang berminat boleh menghubungi Morley Ng dari YMCA at +60 16-203 2336.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]