MB Terengganu diarah jalani kuarantin wajib

MB Terengganu diarah jalani kuarantin wajib

Ahmad Samsuri Mokhtar didapati mempunyai kontak dengan 2 individu positif Covid-19.

Ujian saringan Covid-19 ke atas Ahmad Samsuri Mokhtar disahkan negatif, tetapi beliau perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 kuarantin wajib.
KUALA TERENGGANU:
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dikehendaki menjalani kuarantin wajib 14 hari kerana mempunyai kontak dengan 2 individu positif Covid-19.

Setiausaha Politiknya, Muhyidin Abdul Rashid berkata, kuarantin wajib itu diarahkan Jabatan Kesihatan Terengganu yang turut berusaha mengenal pasti, menghubungi dan menjalankan ujian saringan ke atas semua individu yang ada kaitan dengan kontak itu.

“Untuk makluman, menteri besar telah menjalani ujian ‘Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction’ (rRT-PCR) Covid-19 dan disahkan negatif, namun perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh itu, katanya, semua program dan aktiviti melibatkan Samsuri terpaksa ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin wajib.

“Walaupun begitu, menteri besar akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 Sept ini secara video dalam talian.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.