
“Sultan Abdullah dinasihatkan doktornya untuk kekal di hospital selama 7 hari untuk pengawasan. Jadi, sehingga itu, baginda tidak akan mengadakan sebarang pertemuan,” kata Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Reuters.
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Agong sudah menerimanya untuk menghadap, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Sultan Abdullah dimasukkan ke Institut Jantung Negara Isnin lalu.
Rabu lalu, Anwar mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menolak dakwaan Anwar itu dan mencabar beliau membuktikannya melalui proses dan kaedah yang ditentukan Perlembagaan Persekutuan.
Anwar dijadualkan menghadap Agong Selasa lalu, tetapi ia ditangguhkan kerana Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN.