
Pada masa ini, peratus rokok haram di negara ini adalah tertinggi di seluruh dunia pada paras 62.3% daripada jumlah jualan tahun lepas, iaitu meningkat dari 58.9% yang dicatatkan pada 2018.
Pengarah hal ehwal dan komunikasi korporat JTI Malaysia Azrani Rustam berkata, mereka menjangka permintaan terhadap rokok haram itu akan bertambah dalam beberapa bulan akan datang sewaktu pengguna bergelut dengan tekanan ekonomi akibat wabak Covid-19.
“Berdasarkan trend menaik yang direkodkan dalam kajian mengenai rokok haram oleh firma penyelidikan Nielsen, dalam tempoh selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), jualan rokok haram menuju ke paras 70% pada penghujung 2020 melainkan tindakan pencegahan lebih komprehensif diambil secara kolektif oleh pelbagai agensi kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.
Malaysia merupakan salah sebuah negara di dunia yang menyaksikan jualan rokok haram terus meningkat, dengan penggunaan di pasaran gelap dianggarkan berjumlah 12.2 bilion batang tahun lepas.
Pek rokok haram 20 batang dijual pada harga serendah RM3 dan susulan aktiviti jualan dan pengedarannya yang mudah, maka usaha negara ini untuk mengawal urus niaga pasaran gelap itu jelas belum membuahkan hasil.
Azrani bagaimanapun, optimis penubuhan semula Pasukan Petugas Pelbagai Agensi (MATF) bulan lepas boleh berperanan sebagai wahana utama bagi memerangi masalah rokok haram yang menyebabkan negara kehilangan kira-kira RM5 bilion dalam bentuk cukai yang tidak dikutip pada 2019.
Diketuai oleh Jabatan Kastam, pasukan petugas itu juga melibatkan kementerian dan agensi seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, dan polis.
Azrani berkata, rokok haram dibawa masuk melalui banyak pelabuhan di negara ini.
“Ia dibawa ke sini dalam kontena dan diisytiharkan sebagai barang tidak dikenakan cukai yang dihantar ke negara jiran. Sebelum berangkat ke ‘destinasi’ yang dinyatakan, kontena ini diseludup ke pasaran gelap Malaysia,” katanya.
Azrani berkata, reputasi Malaysia sebagai lokasi transit rokok seludup semakin meningkat selepas 7 juta rokok haram dari Malaysia dirampas di New Zealand 7 minggu lepas.
Kebanyakan rokok itu dihasilkan di negara jiran dan Azrani berkata, rokok yang diseludup ke New Zealand “tidak diragukan lagi” dibawa masuk melalui pelabuhan Malaysia dalam kontena yang diisytiharkan sebagai barang transit dan kemudian dihantar ke negara ke-3.
Menyentuh bagaimana kerajaan sebelum ini mengeluarkan larangan terhadap penghantaran beras ke negara ini untuk membendung penyeludupannya, Azrani berkata, larangan serupa terhadap produk tembakau.
Berdasarkan kepekaan keselamatan negara berhubung aktiviti penyeludupan, maka ia boleh berfungsi sebagai penyelesaian praktikal tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi sumber manusia dan peralatan di pelabuhan utama.
“Laluan penghantaran semula itu menjadi menarik disebabkan oleh kelemahan dalam kawal selia dan operasi. Penghantaran yang diisytiharkan sebagai barang transit mungkin tidak diperiksa dengan ketat berbanding barangan lain,” katanya, selain menambah bahawa pengesanan barangan kepada destinasi akhir yang dinyatakan juga kurang.
“Usaha untuk mengurangkan perdagangan rokok haram dapat diperkuat dengan membenarkan hanya satu laluan masuk, sekali gus membebaskan sumber untuk kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan serta pencegahan yang efektif.
“Usaha membanteras bekalan rokok haram ke negara ini penguatkuasaan lebih ketat diperlukan bagi mengekang bekalan, selain dasar pencegahan lebih tegas dalam mengawal permintaan.”