
Rozita Mohd Ali, 46, diikat jamin sejak Mei 2018 dengan jaminan RM25,000 selepas tempoh pemenjaraannya digantung sementara menunggu kesnya selesai.
Barisan 3 hakim, dipengerusikan Kamaludin Md Said, hari ini mengisytiharkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenakan hukuman penjara itu adalah betul kerana itulah trend penghukuman semasa bagi kesalahan seperti itu.
“Terdapat juga kejadian di mana orang yang dituduh dipenjarakan sehingga 20 tahun mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah,” katanya ketika menolak rayuan Rozita.
Kamaludin berkata keputusan Hakim Tun Majid Tun Hamzah mengenakan hukuman penjagaan (custodial) sebagai ganti kepada membebaskannya atas bon berkelakuan baik.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi diberi kuasa untuk menyemak kes itu selain menunggu pihak pendakwaan merayu perkara itu di Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan pendakwaraya yang mahu menambah hukuman penjara Rozita.
Turut mendengar kes ini adalah Hakim Hadhariah Syed Ismail dan Nordin Hassan.
Rozita mengaku salah di Mahkamah Sesyen pada 15 Mac 2018 atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 19, Suyanti Sutrinso, menggunakan pisau, mop, penyangkut pakaian, batang besi, alat mainan kucing, dan payung, di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 21 Jun 2016.
Video Suyanti, yang cedera teruk dan terbaring tepi longkang di kawasan perumahan di Mutiara Damansara, tular pada Disember 2016.
Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammed Mokhzani Mokhtar, membebaskan Rozita atas bon berkelakuan baik selama 5 tahun dengan jaminan RM20,000.
Bagaimanapun perkembangan itu mengundang kemarahan orang ramai, yang melancarkan petisyen membantah hukuman itu dan berjaya menarik lebih 70,000 tandatangan.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Rozita manakala Timbalan Pendakwaraya Ku Hayati Ku Haron dan Nurul Farhana Khalid tampil bagi pihak pendakwaan.