Benarkah makan kentang boleh elak obesiti?

Benarkah makan kentang boleh elak obesiti?

Kentang kaya dengan nutrisi dan karbohidrat

Kentang rendah kalori dan lemak dan mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Kentang adalah salah satu sumber karbohidrat dan mengandungi nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi karbohidrat, kalium, serat, protin, vitamin dan mineral, tenaga dan banyak lagi. Khasiatnya jauh lebih baik dari sumber karbohidrat lain.

Banyak penyelidikan mengesahkan, kentang memainkan peranan positif dalam diet sihat dan mampu menurunkan berat badan.

Kentang juga berupaya menahan nafsu makan kerana kandungan seratnya yang tinggi menjadikan anda kenyang lebih lama selain dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan mencegah sembit.

Walaupun kentang mempunyai indeks glikemik yang tinggi namun pengambilan kentang belum tentu boleh menyebabkan kegemukan.

Cara kentang dimasak juga penting bagi mengelakkan faktor obesiti. Jika ia digoreng dan dimasak bersama makanan tinggi lemak, sudah tentu akan meningkatkan kenaikan berat badan. Tetapi jika direbus adalah lebih sihat dan baik untuk diet anda.

Mudah dan sedap! Mari kita cuba resepi kentang rebus ditabur daun pasli ini. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama ikan, ayam atau daging kegemaran anda.

Nampak ringkas tetapi sihat dan menyelerakan (Gambar Rasa Malaysia)

Kentang rebus bersama pasli

Kandungan:

  • Air untuk merebus
  • 1 sudu besar garam untuk merebus
  • 450 g kentang
  • 3 sudu besar mentega, dicairkan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 cubit lada hitam
  • 2 sudu besar daun pasli Itali dicincang

Cara membuat:

  • Isikan setengah periuk air, masukkan garam dan masak hingga mendidih
  • Bersihkan kentang
  • Rebus kentang selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk.
  • Potong kentang seperti ‘wedges’ dan gaul perlahan-lahan dengan mentega yang telah dicairkan, garam, lada hitam dan daun pasli.
  • Siap dan bolehlah dihidangkan.

Resepi ini telah diterbitkan kali pertama di Rasa Malaysia, Low Bee Yinn adalah penulis buku masakan dan penulis blog makanan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.