Ketua penerangan Umno positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua penerangan Umno positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Shahril Hamdan ialah pemimpin Umno ke-2 yang disahkan positif Covid-19 minggu ini.

Shahril Hamdan berkata, beliau menjalani ujian saringan semalam dan disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mempunyai simptom ketara.
PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah.

Sumber parti itu pada Isnin lalu dilaporkan berkata, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii yang pernah membantu kempen parti itu di Sipitang, dimasukkan ke hospital selepas ujian saringan pertamanya positif.

Shahril menerusi ciapan di Twitternya berkata, beliau menjalani ujian saringan semalam dan disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mempunyai simptom ketara.

“Covid+. Tiada simptom ketara melainkan penat sikit,” tulisnya di Twitter hari ini.

“Baru terima panggilan dan akan dibawa (ke hospital) hari ini.”

Sabah mencatatkan kes baru Covid-19 tertinggi sepanjang minggu lalu, dengan 60 kes baru dilaporkan semalam.

Sabah, yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri pada Sabtu ini, merekodkan 1,189 kes positif Covid-19 setakat ini.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.