Hamzah dakwa wakil calon cuba sogok polis untuk tutup isu ucapan berkait Lahad Datu

Hamzah dakwa wakil calon cuba sogok polis untuk tutup isu ucapan berkait Lahad Datu

Menteri Hamzah Zainudin juga mendakwa sogokan itu bagi meraih sokongan anggota polis yang mengundi awal hari ini.

Menteri Hamzah Zainudin mendakwa cubaan menyogok anggota polis ada kaitan dengan ucapan seorang calon parti mempersenda insiden pencerobohan Lahad Datu.
KOTA KINABALU:
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin hari ini mendakwa ada wakil calon dari sebuah parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah cuba menyogok anggota polis bagi menutup isu ucapan seorang calon parti itu mempersenda insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Beliau juga mendakwa sogokan itu bagi meraih sokongan anggota polis terutama dengan pengundian awal hari ini dan anggota polis berkenaan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai cubaan sogokan itu.

“Saya sudah minta anggota kita buat laporan ada cubaan rasuah, semalam cuba nak bagi (rasuah) dan sudah ada laporan SPRM.

“Kalau calon ini langsung tidak fikir tanggungjawab pertahankan negara dan negeri ini, apa jenis manusia sebegini rupa…calon sebegini langsung tidak layak,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan tentang adakah cubaan itu melibatkan anggota polis di Lahad Datu atau jumlah sogokan yang cuba diberi.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.