Ujian 1 jam DnaNudge Covid-19 tepat

Ujian 1 jam DnaNudge Covid-19 tepat

Ujian tersebut mempunyai purata kepekaan untuk mengenal pasti mereka yang dijangkiti virus Covid-19 sebanyak 94.4%.

Ujian CovidNudge boleh dilakukan di tempat tidur pesakit tanpa perlu menangani apa-apa bahan sampel. (Gambar DNANudge)
LONDON:
Menurut tinjauan akademik yang dibuat di Lancet terhadap 1 ujian Covid-19 yang dikenali sebagai DnaNudge mampu memberi keputusan dalam jangka masa 1 jam tanpa memerlukan makmal bagi menjalani ujian tersebut. Hampir semua kes membuahkan hasil yang tepat.

Berikutan kejayaan tersebut, ujian baharu yang dikembangkan oleh profesor di Imperial College London ini mendapat kelulusan penggunaan klinikal oleh Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) pada akhir April lalu.

Menurut kajian yang dijalankan di The Lancet Microbe, ujian tersebut mempunyai purata kepekaan untuk mengenal pasti mereka yang dijangkiti virus Covid-19 sebanyak 94.4% manakala mereka yang tidak dijangkiti sebanyak 100%.

Menurut Profesor Graham Cooke, pengarang utama kajian dari Jabatan Penyakit di Imperial College London berkata, “Hasil ini menunjukkan ketepatan ujian makmal apabila ujian CovidNudge dilakukan di tempat tidur pesakit tanpa perlu menangani apa-apa bahan sampel.”

Malah, Code juga berkata, “Banyak ujian memerlukan kelajuan dan ketepatan, tetapi ujian ini berjaya mencapai kedua-duanya sekali.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.