Suhakam pantau PRN Sabah

Suhakam pantau PRN Sabah

Pemantauan bermula hari ini hingga hari pengundian pada Sabtu akan membabitkan 30 orang termasuk pesuruhjaya, kakitangan dan sukarelawan.

Suhakam mengalu-alukan maklumat daripada pengundi berhubung segala bentuk pelanggaran peraturan pilihan raya dalam tempoh proses pilihan raya negeri.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memantau proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi mengesan sebarang pelanggaran peraturan undang-undang.

Dalam kenyataan hari ini Suhakam berkata, pemantauan bermula hari ini hingga hari pengundian pada Sabtu ini akan membabitkan 30 orang termasuk pesuruhjaya, kakitangan dan sukarelawan.

“Kami akan menjalankan pemantauan di beberapa kawasan pilihan raya negeri termasuk Matunggong, Bandau, Karambunai, Darau, Kepayan, Moyog, Membakut, Kuala Penyu, Sook, Nabawan, Gum-Gum, Sungai Manila, Kemabong, Melalap, Bugaya, Sulabayan, Senallang, Kukusan, Tanjung Batu, Pantai Dalit, Sulaman, Inanam dan Api-Api.

“Sehubungan itu, Suhakam mengalu-alukan maklumat daripada pengundi berhubung segala bentuk pelanggaran peraturan pilihan raya dalam tempoh proses pilihan raya negeri,” katanya.

Suhakam berkata, pengundi boleh menghubungi pejabatnya di Sabah di talian 088 317405 atau 019 3245650.

“Suhakam akan melaporkan penemuan awal pemantauan tersebut kepada umum pada 27 September,” katanya.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.