
Daripada jumlah itu, 51 merupakan penularan tempatan dan 6 kes import.
Tiada kematian baru direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 130 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 751 pesakit sedang dirawat di hospital di seluruh negara.
Beliau berkata, sehingga kini 9 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 2 memerlukan bantuan pernafasan.
40 pesakit dilaporkan pulih hari ini.
Kes positif Covid-19 yang direkodkan di Malaysia sehingga kini berjumlah 10,276 dengan 9,395 pesakit sembuh secara keseluruhan.
Noor Hisham berkata, daripada 51 penularan tempatan hari ini, 45 kes membabitkan warganegara Malaysia dan 6 bukan warganegara.
“Di Sabah ada 49 kes, dengan 14 kes daripada kluster Pulau yang melibatkan 13 warganegara dan 1 bukan warganegara; 12 kes daripada kluster Selamat melibatkan 11 warganegara dan 1bukan warganegara.
“Lima kes daripada kluster Benteng LD melibatkan 3 warganegara dan 2 bukan warganegara; 5 kes daripada kluster Kuarters, iaitu kluster baru di Tongod, melibatkan warganegara, iaitu 2 kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI), yang dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth.
“…2 kes saringan bergejala, iaitu di Hospital Queen Elizabeth dan di Hospital Lahad Datu melibatkan warganegara; 2 kes daripada saringan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort melibatkan warganegara.
“Dua kes saringan pelatih pusat rehabilitasi yang melibatkan warganegara; 1 kes saringan prapembedahan yang dilaporkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas melibatkan warganegara; 1 kes Influenza-Like Illness (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau melibatkan warganegara; 1 kes saringan kontak rapat, 1 kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu melibatkan warganegara dan 1 kes saringan rujukan ke Hospital Tawau yang melibatkan bukan warganegara.
“Di Kedah ada 1 kes daripada kluster Sungai yang melibatkan warganegara dan Selangor 1 kes saringan prapembedahan di Hospital Kuala Lumpur melibatkan bukan warganegara,” katanya.
Sementara itu, 6 kes import yang dilaporkan hari ini melibatkan 1 warganegara dan 5 bukan warganegara.
“Indonesia, 3 kes pendatang asing tanpa izin (PATI) dilaporkan di Selangor; United Kingdom 1 kes dilaporkan di Kuala Lumpur; Pakistan 1 kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan
Zambia 1 kes dilaporkan di Kuala Lumpur,” katanya.