124 individu ditahan berhibur di kelab malam

124 individu ditahan berhibur di kelab malam

Jumlah keseluruhan ditahan seramai 293 orang dengan 269 dikompaun manakala 24 direman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 124 individu ditahan di kelab malam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan 293 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semalam termasuk 124 yang berhibur di kelab malam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu 269 individu dikompaun manakala 24 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam (124), penjarakan fizikal (85), gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (31),

“Tidak memakai pelitup muka (24), premis beroperasi lebih masa (10), tangkapan pendatang asing tanpa izin (9), premis beroperasi tanpa kebenaran (6), keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan PKPD (2), dan gagal lunaskan caj kuarantin (2),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail turut memaklumkan pihak berkuasa menerusi Operasi Benteng berjaya memberkas 75 PATI, 5 penyeludup dan 2 tekong.

“Turut dirampas dalam operasi itu 4 kenderaan darat dan 91 sekatan jalan raya Operasi Benteng dilaksanakan semalam,” katanyaa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.