Jawatankuasa Kabinet bincang situasi Covid-19 di Sabah Selasa

Jawatankuasa Kabinet bincang situasi Covid-19 di Sabah Selasa

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat mesyuarat akan membincangkan isu kesihatan dan keselamatan di Sabah.

Sehingga kini 4 kluster Covid-19 yang aktif direkodkan di Sabah membabitkan kluster Benteng, kluster Selamat, kluster Bakau dan kluster Pulau.
SANDAKAN:
Jawatankuasa Kabinet akan membincangkan situasi Covid-19 di Sabah pada Selasa, beberapa hari sebelum rakyat negeri itu mengundi pada 26 September sewaktu orang ramai bercakap-cakap tentang peningkatan kes jangkitan wabak itu kebelakangan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub berkata, mesyuarat akan membincangkan isu kesihatan dan keselamatan di Sabah.

“Susulan peningkatan kes Covid-19 di Sabah menjelang pilihan raya negeri (PRN), isu itu akan turut dimasukkan dalam mesyuarat berkenaan Selasa ini.

“Mesyuarat ini melibatkan kementerian dan pihak keselamatan,” katanya pada sidang media di di Batu Sapi di sini, hari ini.

Ditanya tentang dakwaan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno didapati positif Covid-19 semasa berkempem di Sipitang, Ismail berkata, tiada laporan rasmi diterima mengenai perkara itu setakat ini.

Bagaimanapun tegasnya, jika ia benar dan didapati positif, individu itu perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya.

“Sebab itu saya sentiasa pesan supaya patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Sehingga kini 4 kluster Covid-19 yang aktif direkodkan di Sabah membabitkan kluster Benteng, kluster Selamat, kluster Bakau dan kluster Pulau.

Kluster Benteng mencatatkan kes positif paling tinggi. Setakat hari ini jumlah direkodkan bagi kluster itu ialah 578 kes, manakala bagi kluster Selamat (7), kluster Bakau (4), kluster Pulau (15) kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.