Singapura ‘belanja’ rakyat guna jam tangan pintar Apple Watch untuk sihat, tapi dengan syarat…

Singapura ‘belanja’ rakyat guna jam tangan pintar Apple Watch untuk sihat, tapi dengan syarat…

Senaman mudah seperti berjalan kaki, yoga dan renang antara aktiviti yang boleh dilaksanakan menerusi aplikasi telefon pintar, ‘LumiHealth’.

Pengguna di Singapura perlu menggunakan aplikasi LumiHealth untuk melakukan aktiviti senaman menerusi jam tangan pintar Apple Watch. (Gambar AP)

Syarikat gergasi teknologi global, Apple Inc bekerjasama dengan kerajaan Singapura menerusi inisiatif kesihatan dinamakan ‘LumiHealth’.

Kolaborasi selama 2 tahun itu bakal dizahirkan menerusi promosi penggunaan jam tangan pintar Apple Watch dan aplikasi iPhone, di mana rakyat Singapura akan ditaja hadiah berupa ganjaran dan baucar bernilai AS$380.

Namun, skim itu datang dengan syarat pengguna perlu melengkapkan matlamat dan menyelesaikan tugas ditetapkan aplikasi ‘LumiHealth’ itu.

Antara matlamat yang perlu dicapai, termasuk aktiviti berjalan kaki, renang atau yoga.

Menariknya, aplikasi itu menawarkan bimbingan dan peringatan yang dikhaskan kepada pengguna secara peribadi untuk pemeriksaan kesihatan dan imunisasi.

Cabarannya, antara lain, ialah mengggalakkan pengguna membuat pilihan menu makanan yang lebih sihat dan menambah baik kualiti tidur.

Menurut Apple, program bersifat sukarela itu, bagaimanapun, akan menjaga maklumat dan data pengguna daripada didedahkan, dijual atau dikongsi untuk tujuan pemasaran.

Perkhidmatan itu adalah hasil permintaan bersama kerajaan republik itu sebagai peneraju dalam bidang teknologi baru bagi membantu populasinya kekal sihat.

“Malah kita semua di seluruh dunia berdepan cabaran Covid-19, jadi kita perlu terus melabur untuk masa depan kita. Tidak ada pelaburan yang lebih baik melainkan kesihatan peribadi kita sendiri,” kata timbalan perdana menteri Singapura Heng Swee Keat seperti dipetik Bloomberg.

Selalu lalu, Apple mengumumkan kemas kini siri terbaru jam tangan pintar Apple Watch dalam acara pelancaran produk secara maya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.