Pakistan buka siasatan jenayah 50 juruterbang palsukan lesen

Pakistan buka siasatan jenayah 50 juruterbang palsukan lesen

Terdahulu pihak berkuasa Pakistan mengenakan larangan kepada 262 juruterbang, termasuk 141 juruterbang Pakistan International Airlines, berikutan lesen penerbangan mereka meragukan.

Menteri Penerbangan Pakistan Ghulam Sarwar Khan berkata juruterbang berkenaan mungkin memalsukan keputusan 1 hingga 8 ujian. (Gambar AP)
MOSCOW:
Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) Pakistan melancarkan siasatan jenayah terhadap 50 juruterbang dan 5 pegawai penerbangan awam kerana disyaki memalsukan lesen, lapor agensi berita Sputnik, memetik Reuters.

Terdahulu, menteri penerbangan negara itu, Ghulam Sarwar Khan berkata pihak berkuasa Pakistan akan mengenakan larangan kepada 262 juruterbang, termasuk 141 juruterbang Pakistan International Airlines, berikutan lesen penerbangan mereka meragukan.

Menteri itu berkata juruterbang berkenaan mungkin memalsukan keputusan 1 hingga 8 ujian.

Berdasarkan notis diterima seorang daripada juruterbang, FIA sedang menyiasat “dakwaan rasuah, pelanggaran, penyelewengan dalam (pengeluaran) lesen kru penerbangan.”

“Kabinet diberitahu FIA telah membuka proses penyiasatan ke atas juruterbang yang lesennya ditarik, dan pegawai penerbangan awam yang berhubungan dengan mereka,” menurut minit mesyuarat Kabinet.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.