Jet pejuang Rusia pintas pesawat pengebom AS di Laut Hitam

Jet pejuang Rusia pintas pesawat pengebom AS di Laut Hitam

Unit pertahanan udara Ketenteraan Selatan Rusia mengesan 3 pesawat yang cuba memasuki ruang udara sempadan Rusia di perairan Laut Hitam.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini jet pejuang Rusia menjalankan operasi secara berkala untuk memintas pesawat AS. (Gambar Bernama)
MOSCOW:
Empat jet pejuang Rusia pada Isnin berjaya memintas pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) di Laut Hitam, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Unit pertahanan udara Ketenteraan Selatan Rusia mengesan 3 pesawat udara yang cuba memasuki ruang udara sempadan Rusia di perairan Laut Hitam, kata stesen penyiaran Zvezda.

Berikutan itu, 2 jet tempur Su-27 dan Su-30 dikerahkan ke kawasan terbabit, kemudian mengenal pasti pesawat yang cuba menceroboh itu jenis B-52H milik AS.

“Selepas pesawat AS itu terbang meninggalkan ruang udara sempadan, jet Rusia kembali semula ke lapangan terbang mereka,” lapor Zvezda.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, jet pejuang Rusia menjalankan operasi secara berkala untuk memintas pesawat AS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.