
Panglima Tentera Darat, Zamrose Mohd Zain berkata, 2 daripadanya ialah pegawai tentera, manakala 9 lagi anggota pelbagai pangkat.
“Saya sahkan ada 11 anggota tentera dipanggil polis baru-baru ini. Ia bagi membantu siasatan dan tentera darat Malaysia menyerahkan kepada pihak polis jika ada lagi anggota tentera yang perlu dipanggil membantu siasatan,” katanya ringkas kepada Bernama.
Sabtu lalu, Bernama melaporkan 10 saksi terdiri daripada 2 pegawai, 7 anggota berpangkat rendah serta seorang orang awam dipanggil memberi keterangan berhubung kematian prebet itu akibat jatuh dari tingkat 3 bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, hujung bulan lalu.
Dalam kejadian itu, Aziz mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia.