PAS ‘tidak bersara’ daripada politik Sabah, kata Takiyuddin

PAS ‘tidak bersara’ daripada politik Sabah, kata Takiyuddin

Keputusan PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah adalah langkah sementara bagi mengelak pertembungan sesama pembangkang.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan PAS berkata, parti itu tetap akan menggerakkan jentera pilihan rayanya di Sabah bagi memastikan semua pengundi parti itu menyokong calon PN dan Barisan Nasional.
PETALING JAYA:
Keputusan PAS tidak bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah tidak bermakna parti Islam itu “bersara” daripada politik di Malaysia Timur.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, ia adalah langkah sementara bagi mengelak berlakukan banyak pertembungan sesama sendiri dalam pilihan raya itu yang akhirnya menguntungkan pihak lawan.

“Ia dibuat setelah PAS mengadakan perbincangan hati ke hati atas solidariti pembangkang dengansemua parti yang ada di Sabah iaitu Barisan Nasional (BN), PPBM, Star, PBS dan SAPP,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, PAS tetap menggerakkan jentera pilihan rayanya atas kapasiti tidak bertanding bagi memastikan semua pengundi parti itu keluar menyokong calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, parti itu memberi laluan kepada rakan dalam gabungan PN bagi memastikan pertandingan 2 penjuru dalam PRN Sabah.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memelihara permuafakatan yang terjalin selain mengambil kira implikasi politik pada masa akan datang.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.