80 PATI ditahan dalam Operasi Benteng seluruh negara

80 PATI ditahan dalam Operasi Benteng seluruh negara

Polis juga menahan 512 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 512 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar PKPP semalam, 452 dikompaun, manakala 59 direman dan 1 lagi dijamin.
PETALING JAYA:
Agensi penguat kuasa menahan 80 pendatang asing tanpa izin (PATI), 6 penyeludup dan 1 tekong dalam Operasi Benteng di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 20 PATI ditahan di Sungai Besar, Selangor kerana tiada dokumen pengenalan diri sah.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan, terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail juga berkata, polis menahan 512 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semalam.

“Daripada jumlah itu, 452 individu dikompaun, manakala 59 direman dan 1 lagi dijamin.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP, termasuk gagal menyediakan peralatan/catatan keluar masuk (32), tidak memakai pelitup muka (14), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (103), aktiviti di dalam pub/kelab malam (294), parti peribadi (56), premis beroperasi melebihi tempoh (8), disyaki menjalankan aktiviti pelacuran (4) dan gagal mematuhi arahan kuarantin PKPD (1),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.