31 daripada 47 kes baru Covid-19 dicatat di Sabah

31 daripada 47 kes baru Covid-19 dicatat di Sabah

Sebanyak 28 daripada 45 kes jangkitan tempatan itu membabitkan warganegara dan 17 lagi warga asing.

PETALING JAYA:
Sebanyak 45 kes jangkitan tempatan dan 2 kes import Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 31 kes itu berlaku di Sabah dan 14 lagi di Kedah.

Dua kes import itu membabitkan warganegara Maldives (1 kes di KL) dan Maghribi (1 kes di Selangor).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 28 daripada 45 kes jangkitan tempatan itu membabitkan warganegara dan 17 lagi warga asing.

Katanya, 22 daripada 31 kes di Sabah itu membabitkan kluster Benteng Lahad Datu yang merangkumi 8 warganegara dan 14 warga asing.

Beliau berkata, baki 4 kes saringan warga emas di klinik kesihatan (3 warganegara dan seorang warga asing), 2 kes saringan di pusat kuarantin (semuanya warga asing) dan masing-masing satu kes saringan petugas kesihatan, tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat dan kes Infuenza-like illness (ILI).

Katanya, 13 daripada 14 kes di Kedah membabitkan kluster Tawar dan satu kes daripada kluster Sungai, semuanya membabitkan warganegara.

Kluster Benteng LD

Hisham berkata, 22 kes Covid-19 dikesan hari ini daripada 4,666 orang yang disaring dalam kluster Benteng LD setakat ini.

Di Lahad Datu, 88 daripada 1,258 orang yang disaring sehingga kini positif Covid-19, 907 individu negatif dan
263 lagi menunggu keputusan.

Di Tawau, 315 daripada 3,408 orang yang disaring dikesan positif Covid-19 (22 kes baru), 803 individu negatif dan 2,290 orang masih menunggu keputusan.

Ini menjadikan keseluruhan 403 kes positif Covid-19 dalam kluster ini yang terdiri daripada 383 banduan, 2 kakitangan, 3 ahli keluarga kakitangan dan banduan dan 15 kontak sosial. Ia membabitkan 176 warganegara dan 227 warga asing dari Filipina (152 kes) serta Indonesia (75 kes).

“Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, seramai 1,699 petugas barisan depan disaring (36.41%). Daripada jumlah itu, 2 kes dikesan positif Covid-19.”

Kluster Tawar

Hisham berkata, 13 kes baru dikesan hari ini daripada 18,233 orang yang disaring dalam kluster Tawar.

Di Kedah, seramai 17,659 orang disaring setakat ini, di mana 81 kes positif Covid-19 (13 kes baru) dan 17,578 individu negatif.

Di Pulau Pinang, 11 kes positif Covid-19 dikesan daripada 563 orang yang disaring dan 552 lagi negatif.

Di Perak, semua 11 orang yang disaring didapati negatif virus itu.

“Sebanyak 6 kes dikesan positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan. Semua kes tersebut merupakan petugas kesihatan swasta.”

Kluster Sungai

Hisham berkata, 14,044 orang daripada Kluster Sungai disaring, membabitkan 711 petugas kesihatan dengan 20 daripadanya positif Covid-19.

Di Kedah, seramai 13,891 orang disaring dan 56 daripada kes positif, 8,054 lagi negatif dan 5,781 orang masih menunggu keputusan.

Di Pulau Pinang, tiada kes positif daripada 135 orang yang disaring dan 135 individu negatif.

Di Perlis, satu kes positif daripada 18 orang yang disaring, 11 lagi negatif dan 6 individu masih menunggu keputusan.

Di seluruh negara, katanya, 591 pesakit Covid-19 sedang dirawat dengan 4 daripada 9 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, 7 pesakit sembuh hari ini, menjadikan keseluruhan 9,196 kes pulih daripada 9,915 pesakit Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.