
Bernama melaporkan perkara itu berkait proses penamaan calon untuk 73 kerusi DUN Sabah yang tamat pada pukul 10 pagi tadi.
Musa, yang tidak termasuk dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh pengerusi BN negeri Bung Moktar Radin pada Rabu, berkata, beliau berminat untuk bertanding di kerusi Sungai Manila, di Parlimen Libaran dan merupakan 1 daripada 13 kerusi baru DUN Sabah,
“Saya akan kembali ke Sg Manila,” katanya dalam catatan di Facebook.
Pada akhir Julai lalu Musa berkata, beliau mendapat sokongan yang cukup daripada 32 Adun untuk membentuk majoriti mudah dalam DUN yang dianggotai oleh 65 orang itu.
Beliau bagaimanapun gagal dalam usahanya untuk bertemu dengan gabenor dan menyerahkan akuan bersumpah (SD) yang menunjukkan sokongannya.
Ketua Menteri Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN pada 30 Julai selepas pertemuan dengan gabenor, membuka jalan bagi pilihan raya yang akan diadakan pada 26 September ini.