
Penyandang kerusi Sungai Sibuga itu sejak 1994 yang juga tokoh politik Umno Sabah, tidak mengemukakan borang penamaan calon di mana-mana kerusi pagi tadi.
Beliau yang juga pencetus kepada pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai lalu, tidak kelihatan di mana-mana pusat penamaan calon yang dibuka sejam 9 pagi tadi.
“Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat,” tulis Musa di Twitternya hari ini.
Musa dalam ciapannya pada 9 Sept lalu mendedahkan: ”Saya akan kembali ke Sungai Manila”, namun kelibatnya tidak kelihatan di kerusi baru di bawah Parlimen Libaran itu.
Seorang pegawainya yang tidak mahu dikenali memaklumkan Bernama, bekas ketua menteri berusia 69 tahun itu tidak bercadang mengadakan sebarang sidang media setakat berita ini ditulis.
PRN ke-16 ini diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri, Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas Musa mendakwa beliau mempunyai majoriti mencukupi untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.