Hajiji hadapi saingan 3 penjuru di Sulaman

Hajiji hadapi saingan 3 penjuru di Sulaman

Hajiji berdepan calon dari Warisan, Aliasgar Basri dan Parti Cinta Sabah (PCS), Rekan Hussein.

Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor (tengah) tiba di pusat penamaan calon bagi DUN Sulaman di Dewan Seri Sulaman pagi ini. Beliau berdepan saingan calon Warisan dan Parti Cinta Sabah dalam pilihan raya negeri akhir bulan ini. Turut hadir Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
TUARAN:
Pengerusi PPBM Sabah, Hajiji Noor bakal berdepan pertandingan 3 penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Beliau berdepan calon Warisan, Aliasgar Basri dan Parti Cinta Sabah (PCS), Rekan Hussein.

Pegawai pengurus pilihan raya DUN Sulaman, Mohd Sapian Alfian Nair membuat pengumuman itu pada jam 10.50 selepas tempoh penamaan calon tamat pada jam 10 pagi tadi.

Hajiji tiba di pusat penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, di sini, pada jam 9 pagi, manakala Aliasgar dan Rekan masing-masing tiba kira-kira jam 8.30 dan 8.40 pagi.

Hajiji adalah penyandang kerusi DUN Sulaman selepas memenanginya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau menang dengan majoriti 7,774 undi menewaskan 2 calon lain, iaitu daripada Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.