
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini bersetuju secara konsensus untuk mengelak pertembungan calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua parti terlibat juga bersetuju membentuk solidariti bagi menghadapi PRN Sabah secara bersama-sama.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri pertemuan antara pemimpin parti tersebut dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, Zahid berkata, semua parti juga bersetuju untuk melancarkan “aku janji” bersama pada Hari Malaysia, 16 Sept ini sebagai tawaran kepada rakyat Sabah sekiranya gabungan itu menang PRN ahkir bulan ini.