3 warga baru pulang dijangkiti semula antara 6 kes baru Covid-19 di Thailand

3 warga baru pulang dijangkiti semula antara 6 kes baru Covid-19 di Thailand

Tiga warga Thai yang baru pulang dari Singapura dijangkiti semula virus yang boleh membawa maut itu.

Thailand melaporkan 3,444 kes Covid-19 dengan 58 kematian dan 105 masih dirawat setakat ini. (Gambar AP)
BANGKOK:
Thailand melaporkan 6 kes Covid-19 baru, termasuk 3 warganya yang kembali dari Singapura dan dijangkiti semula virus yang boleh membawa maut itu.

Dalam satu kenyataan, Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA) maklumkan bahawa ketiga-tiga lelaki yang berumur antara 43 and 56 tahun itu disahkan positif Covid-19 semasa di Singapura.

Bagaimanapun, CCSA tidak menyatakan bila ketiga-tiganya dijangkiti di sana.

“Setelah pulih daripada virus itu, mereka kembali ke Thailand pada Jumaat. Mereka disahkan positif Covid-19 semasa tiba. Buat masa ini mereka menerima rawatan di sebuah hospital di Bangkok,” katanya.

Sementara itu, 3 kes Covid-19 baru lain melibatkan 2 wanita Thailand berusia 46 dan 83 tahun yang kembali dari Amerika Syarikat dan seorang lelaki Perancis berusia 46 tahun yang datang dari United Kingdom.

Setakat ini, Thailand melaporkan 3,444 kes Covid-19 dengan 58 kematian.

Sebanyak 3,281 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital, sementara 105 masih dirawat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.