
Mengulas langkah Thailand membenarkan pelancong asing ke kawasan tertentu, Karim percaya kerajaan lebih khuatir akan keselamatan rakyat berbanding wang pelancong.
Dipercayai Thailand akan memulakan suatu skim perjalanan pada 1 Okt, yang membolehkan orang daripada kawasan yang melaporkan risiko Covid-19 yang rendah berkunjung ke destinasi pelancongan di negara itu.
Projek perintis itu membuka Pulau Phuket kepada pelancong asing, yang perlu menjalani kuarantin 14 hari sebelum dibenarkan berjalan-jalan di pulau itu.
Pelancong yang selesai menjalani kuarantin dan didapati negatif Covid-19 akan dibenarkan keluar ke kawasan lain di Thailand.
“Malaysia, terutama Sarawak, sangat ketat dalam hal pergerakan pelawat, terutama orang asing,” kata Karim.

“Keselamatan rakyat kita lebih penting dan lebih baik tunggu sehingga virus dapat dibendung sebelum buka sempadan.”
Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel-hotel Malaysia, Mohamad Halim Merican, berkata Malaysia sukar mengamalkan skim seperti di Thailand kerana kedua-dua negara dilawati profil pelancong yang berbeza.
Beliau menjelaskan 14 hari dalam kuarantin tidak menjadi masalah bagi pelawat di Phuket kerana sudah menjadi kebiasaan pelancong akan berada di situ selama berbulan-bulan.
Beliau juga berkata membuka sempadan semasa pandemik memerlukan kawalan dalaman yang banyak.
“Kemasukan pelancong asing sudah tentu akan membantu pemulihan ekonomi. Tetapi, ini juga bermakna lebih banyak kawalan diperlukan. Kes terbaru Covid-19 juga kes import.
“Susah hendak kawal pelancong yang tidak sensitif dengan keadaan dan keselamatan orang lain,” katanya.