4 loji air beroperasi semula secara berperingkat

4 loji air beroperasi semula secara berperingkat

Aktiviti pencucian dan pengepaman dijalankan di 4 LRA berkenaan bagi mengisi kolam imbangan.

PETALING JAYA:
Empat loji rawatan air (LRA) yang ditutup kerana pencemaran beoperasi semula secara berperingkat pada 10.30 malam semalam.

Air Selangor dalam kenyataan mengumumkan aktiviti pencucian dan pengepaman dijalankan di LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3, dan Rantau Panjang bagi mengisi kolam imbangan.

“Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu,” katanya.

“Ini termasuk memenuhkan semua tangki utama yang kosong, memastikan tekanan air mencukupi, dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan.

Sementara itu, air mentah dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi terus dilepaskan untuk membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi keempat-empat LRA.

Air Selangor juga mendapat bantuan 9 lori tangki daripada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd, Syarikat Air Melaka Berhad, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd, dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd untuk membantu mengagihkan air kepada pengguna yang terjejas.

Sehingga kini, sebanyak 114 lori tangki digerakkan, 22 pili awam disediakan, dan 70 tangki statik ditempatkan di 19 pusat khidmat setempat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.