PPBM Johor belum dapat surat lucut keahlian Osman Sapian

PPBM Johor belum dapat surat lucut keahlian Osman Sapian

Bekas menteri besar Johor itu didakwa membantu kempen calon Bebas pada PRK Slim.

Osman Sapian. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
PPBM Johor belum terima surat melucut keahlian pemimpinnya, Osman Sapian, daripada PPBM Pusat, selepas bekas menteri besar itu didakwa membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Slim baru-baru ini.

Ketuanya, Mazlan Bujang berkata kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin, Megat Najmuddin sekadar memaklumkan keahlian seseorang itu boleh terlucut menurut perlembagaan parti.

“Buat masa ini PPBM Johor belum dapat sebarang surat atau notis. Jika ada setiausaha agung PPBM akan buat pengumuman mengenai itu,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan laman Malaysiakini yang memetik kenyataan Megat.

Sebelum ini tular video Osman sedang berucap dan menyentuh mengenai partinya. Media memetik Osman sebagai berkata beliau ke Slim untuk bertemu rakan-rakan dan tiada kaitan dengan politik.

FMT sedang menghubungi Osman berhubung status keahliannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.